Paperback à Warisnya Kalbu PDF/EPUB ß

Warisnya Kalbu [PDF / EPUB] Warisnya Kalbu Warisnya KalbuKalbuWadah menampung nafsuDari jalan menuju ke mercuKalbuTakungan budiAkan keinginan suciPada tiap tiap kalbuSegala ingin segala mercuAbadi sebagai warisnya diri Ulasan karya Hassan Basr Warisnya KalbuKalbuWadah menampung nafsuDari jalan menuju ke mercuKalbuTakungan budiAkan keinginan suciPada tiap tiap kalbuSegala ingin segala mercuAbadi sebagai warisnya diri Ulasan karya Hassan Basri dan rakan sekolahnya menghadiri ujian pemilihan peserta untuk mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas pantun yang dikendalikan oleh guru mereka Puan Rabiatul Adawiyah Dalam ujian tersebut Khadija gadis kacukan Inggeris Melayu mengungkapkan pantun yang dipetik daripada buku R Winstedt manakala Hassan Basri memetik karya asli yang terdapat dalam buku catatan harian Cempaka anak Orang Kaya Berlapan di Pahang yang bertarikh HijriahPada hari pemilihan Hassan Basri dan Khadija adalah antara empat peserta yang diumumkan berjaya Walaupun pada awalnya usaha murni mereka dipersendakan oleh ahli keluarga mereka tetap gigih menjalani latihan Mereka turut menjalankan penyelidikan untuk memahami dan menghayati keistimewaan pantun daripada sumber yang autentik berdasarkan catatan sejarah dan kaedah mengarang pantun yang diwarisi mereka dapat mendalami kebijaksanaan seni mengarangpantun MelayuKarya yang disarati ilmu tentang pantun ini mengungkapkan usaha sekumpulan pelajar untuk melestarikan khazanah seni warisan MelayuWarisnya Kalbu merupakan karya pascakolonial tentang pandangan balas yang mengutamakan keunggulan peribumi dan lokaliti Dua budaya bertentangan dicairkan dan imej imej perkasa Barat ditenggelamkan serta dinyahkan dari persada paksi kuasaNovel ini telah memenangi tempat PERTAMAPertandingan Novel RemajaHadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil Pertama Warisnya Kalbu Sri Rahayu Mohd Yusop Kedua Tawarikh Cinta Nisah Haji HaronKetiga Baromkeh Matamu di Mataku Ummu Hani Abu Hassan.


10 thoughts on “Warisnya Kalbu

  1. says:

    BismillahirrahmanirrahimSaya bukanlah orang yang pandai dalam sastera Sungguhpun pernah mengambil subjek minor dalam Pengajian Melayu ketika di maktab perguruan dahulu saya masih tidak mampu memahirkan diri dalam puisi pantun sajak dan lain lain Sangat cemburu dan kagum dengan kebolehan para pensyarah dan rakan yang mempunyai bakat dan kefasihan dalam bidang iniJauh pula saya mengimbau kenangan ; Sebenarnya ada kaitan sedikit dengan tema novel iniKarya Sri Rahayu ini merupakan hasil penulis yang pertama saya baca Sebelum ini hanya membaca ulasan dari pembaca lainSaya terpegun dengan tema pantun yang melatari novel ini Terbahagi kepada dua masa dan zaman Namun tema pantun diangkat sebagai fokus utamaHassan Basri dan ayahnya mengemas koleksi buku arwah datuk yang baru meninggal dunia Dalam banyak banyak timbunan buku itu Hassan tertarik dengan sebuah buku berikat reben dan isi kandungannya bertulis tangan Lantas diminta izin dari ayahnya untuk menyimpan buku tersebutBuku tersebut merupakan catatan peribadi atau jurnal seseorang bernama Tun Cempaka mengenai kehidupan sehariannya yang secara tidak langsung mencatatkan beberapa siri peristiwa bersejarah yang berlaku di tempatnya ketika itu iaitu dalam era Perang Bendahara di PahangDalam masa yang sama Hassan bersama beberapa orang pelajar di sekolah menyertai pemilihan pasukan pemantun sekolah dan hanya empat orang sahaja yang akan terpilih Melihat kemantapan berpantun Hassan dia terpilih bersama 3 lagi pelajar yang lainApa yang mengejutkan ialah Khadija salah seorang pemantun sekolah juga mempunyai naskah jurnal yang hampir sama dengan Hasan Namun isi kandungannya adalah terjemahan pantun dalam bahasa inggeris semata mata dan tiada catatan peribadi seperti pada Hassan MisteriBanyak yang saya pelajari mengenai pantun dari buku ini Pantun itu ibarat wadah bagi orang Melayu mengungkapkan fikiran dan hati budinya tentang makna kehidupan kelakuan manusia dan hubungan manusia dengan alam kelilingnya Pantun dilihat pada keratnya Ada dua empat enam lapan sepuluh dua belas dan empat belas Pantun biasanya genap Tidak ganjil Sanjak ; ragam bunyi yang sama padan istilah baru yang diketahuiDalam jurnal yang dimiliki Hassan Tun Cempaka menceritakan kakandanya mengajar pantun melayu kepada anak saudara gabenor bernama Katherine Namun catatan itu tidak tamat kerana ceritanya tergantungHassan dan rakan rakan meminta bantuan guru sejarah sekolah bagi merungkai misteri iniApa pun kepentingan memelihara khazanah ilmu bangsa melayu dilihat penting dalam mengekalkan warisan bangsa yang baik untuk generasi seterusnya Wallahualam


  2. says:

    Sebuah karya klasik yang sempurna dari semua segi This is a masterpiece Well done kak SriKita diajarkan tentang pantun yang menjadi sebahagian daripada identiti kaum Melayu Pantun yang boleh juga digunapakai sebagai senjata ketika berperang mulut ketika memendamkan perasaan ketika melahirkan perasaan sayang ketika membuakkan kemarahan sekalipunUntuk berhibur jenaka bersenda gurau dalam memberi nasihat dan teguran secara berkias di dalam sindiran sindiran halus Tentang sanjak berpantun tentang rima dan ritma Apa itu pembayang sampiran maksud? Ahh segalanya begitu exclusive di mata pena Kak SriJujur ini adalah sebuah mahakarya yang sempurna Walau ada sedikit isu di dalam yang saya kurang bersetuju tetapi dalam konteks ini kita perlu letakkan diri kita di dalam zaman itu situasi itu dan rasakan sendiri dilema watak watak itu sebagaimana perih mereka rasakan Saya sedikit emotional dikala menghabiskan naskah ini kerana saya dapat rasa kepedihan yang dirasakan oleh watak Katherine Segala remuk redam itu seperti tiada penghujung malah kekal sehingga ke akhirnya Dunia sememangnya kejam dan tidak adil tetapi itu bukan penyudah buat kita semua bukan? Apa yang penting legasi yang ditinggalkan walau hanya sebuah buku yang ditoreh dengan rasa cinta dan pengorbananKetika berlangsungnya perlawanan pantun nafas naik turun tidak berhenti Seolah olah saya sendiri berada di dalam dewan menyaksikan betapa sengitnya perlawanan berbalas pantun It is so powerful and inspiringBuat kak Sri terima kasih terima kasih terima kasih This is a masterpiece Muah CikedManisnya si gadis iri rupawanKetawa mengilai hilangkan rawan;Kakanda menulis berhenti janganPermata bernilai masa hadapan


  3. says:

    I really truly love any books by Sri Rahayu Mohd Yusop She is just so elouent her writing style is oh so elegant Timeless masterpiece Love love love this novel and other novels by the same author


  4. says:

    Sebuah karya yang membincangkan falsafah pantun dan kepentingannya di kalangan masyarakat Melayu Menggunakan gaya penceritaan dua zaman Di zaman Kolonial Inggeris; mengisahkan tentang Tun Cempaka yang menemani abangnya Tun Hasan Perwira mengajar pantun kepada seorang gadis Inggeris bernama Katherine Cavenagh Berlatar belakangkan peristiwa Perang Bendahara PahangDi zaman moden; mengisahkan tentang Hassan Basri yang mewarisi buku catatan Tun Cempaka Khadija yang mewarisi buku terjemahan pantun Katherine dan dua orang lagi rakan mereka yang akan mewakili sekolah mereka dalam pertandingan sayembara pantun Mereka berempat cuba merungkaikan kisah Tun Cempaka Tun Hasan Perwira dan Katherine CavenaghSebuah karya yang ditulis dengan bahasa yang indah Wajarlah karya ini memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007


  5. says:

    Habis dalam satu sitting


  6. says:

    Novel kedua Sri Rahayu yang aku baca selepas Bukan Legasi Lalang Novel nya membuat aku tersedar tentang indahnya Melayu WK berkisar tentang pantun Zaman mak dulu dulu mereka belajar bagaimana nak buat pantun yang baik Sekarang ada lagi ke sekolah kita mengajarkan pantun? Pantun semasa kenduri? Hish Kalaulah perasaan Katherine abang Tun Cempaka dalam novel ini dikembangkan lagi pasti best gilerr hihi Mungkin akan diadaptasi jadi drama bersiri mungkinPantun dalam bahasa Inggeris baca novel ini menggagumkan


  7. says:

    Membuka pintu hati dan minda untuk menghargai semula pantun Melayu


  8. says:

    It's been a long long time since I last picked up a Malay novel Decided to go for this one as it was chosen by singapore for their Read Programme 2012 Add to the fact that the author is my colleaguehuhuhhu The book basically deals with pantun A teen discovers an ancient book of his grandpa and it turned out to be a journal by Tun Cempaka a gal who lives in a Pahang that is fraught with unrestway back during the bendahara time Her brother has been tasked to teach a mat salleh gal the intricacies of the pantun and Tun Cempaka who is sorta their chaperone jots down what goes on And so we get to time travel between the teen and his friends pantun lovers and competitors and Tun Cempaka I like the parts that involve tun Cempaka and her brother way better than the teens I kinda cringe a bit at the preachiness in some of the scenes involving the teens but hey it's a dirty job and someone gotta do itright? It's a great book I should have known Kak Ayu is such an interesting complex person why would she be churning out books that is not a reflection of her personality? Malu that it took me so long to read one of her books ermmmsegan because i've yet to read all the other books written by her Pick this up for a crash course on what a great thing we have in pantuns and to show our appreciation to a Malaysian talent before Singapore entice her away like Jo Kukathas and Huzir Sulaimanhohoho you'd like that won't you kayu? but please don't leave should they ever come a calling not just yet siapa lagi nak tulis minit mesyuarat panitia pagi? ;


  9. says:

    Cerita ini berkisar tentang pelajar pelajar di sebuah sekolah yang bakal mewakili sekolah mereka dalam pertandingan berpantun Plotnya sederhana Yang membuatkan buku ini menarik ialah pengetahuan yang disajikan tentang pantun serta pantun pantun yang menarik yang diselitkan Sebuah karya yang baik untuk mengembalikan semangat melestarikan sebuah warisan budaya Melayu yang sangat penting Pantun mengayakan bahasa kita dan menajamkan minda sesiapa yang mengasah bakat mereka dalamnya Budaya berpantun patut dihidupkan semula dalam masyarakat Melayu


  10. says:

    sangat suka buku ini terasa bagaikan berada dalam dunia seperti yang digambarkan dalam novel ini pantun yang terkandung dalam buku ini amat berkualiti penuh makna yang tersurat dan tersirat terjemahan pantun ke bahasa inggeris juga amat menarik kerana masih mengekalkan format rima pantun melayu dan tidak lari daripada maksud asal pantun melayu


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *