Paperback Î ASRAMA PDF/EPUB ß



10 thoughts on “ASRAMA

  1. says:

    Sekali sekala dah penat layan novel cinta, ada baik baca buku sebegini Ubah selera, ambil ruang nak bernafas tapi jangan salahkan aku pula kalau terasa lagi susah nak bernafas masa baca cerita hantu PCeritanya tentang Dahlia yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan bertukar ke sebuah sekolah berasrama pilihannya sendiri Suasana baru di asrama begitu mengujakannya biar pun ada beberapa perkara pelik yang menghantuinya Dia tidak pernah ambil kisah Sebaliknya dia lebih berani ke depan, Sekali sekala dah penat layan novel cinta, ada baik baca buku sebegini Ubah selera, ambil ruang nak bernafas tapi jangan salahkan aku pula kalau terasa lagi susah nak bernafas masa baca cerita hantu PCeritanya tentang Dahlia yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan bertukar ke sebuah sekolah berasrama pilihannya sendiri Suasana baru di asrama begitu mengujakannya biar pun ada beberapa perkara pelik yang menghantuinya Dia tidak pernah ambil kisah Sebaliknya dia lebih berani ke depan, mencari apa dan kenapa ia berlaku.Padaku walau ia kisah Dahlia tapi semua watak watak yang ada di sekeliling Dahlia amat membantu dalam melicinkan alur ceritanya Tapi bila terlalu banyak nama watak perempuan, ada masanya sedikit lost Aku lebih ingat nama Pak Darus dan Adam pula hikhikhikCuma ada sesiapa nak kongsi dengan aku siapakah Ira itu Aku mahu tahu apa pertolongan yang dia mahukan atau dia sebenarnya dalam misi selamatkan Dahlia Hmm rolledeyes Novel ni sebenarnya tidaklah berhantu sangat Mungkin kerana aku sudah dapat mengagak kerana kisah hantu asrama sangat popular, dikongsi dan disampaikan dengan pelbagai rentak dan variasi Malah rasanya ada banyak lagi kisah yang lebih menyeramkan daripada apa yang diketengahkan Kalau penulis cerita lebih tentang Pengait tu aku rasa ia akan lebih gempak.Tapi aku suka part pembantu rumah Dahlia tu Sebenarnya petunjuk sudah diberi cuma akal perlu gigih untuk mengesannya Dan untuk twist yang menjadi itu, aku bagi tabik spring..toing..toing wink


  2. says:

    3.35 untuk Asrama Buku ni, salah satu buku Fixi yang laku keras Mana tidaknya, pada PBAKL lalu saja, Asrama menang undian untuk dijadikan hardcover Mengalahkan buku buku lain terutamanya buku buku NK Tahniah Tapi aku tak dapatkan hardcover tu pun, sebab aku malas nak berkejar kejar, bergaduh, bertumbuk, dan tarik rambut dengan pembeli lain untuk buku ni Lagipun aku baca buku ni sebab aku dengar pesta buku Mabopa nanti, akan ada sekuel nya harap lagi bagus dari ini dan Patung Lagipun a 3.35 untuk Asrama Buku ni, salah satu buku Fixi yang laku keras Mana tidaknya, pada PBAKL lalu saja, Asrama menang undian untuk dijadikan hardcover Mengalahkan buku buku lain terutamanya buku buku NK Tahniah Tapi aku tak dapatkan hardcover tu pun, sebab aku malas nak berkejar kejar, bergaduh, bertumbuk, dan tarik rambut dengan pembeli lain untuk buku ni Lagipun aku baca buku ni sebab aku dengar pesta buku Mabopa nanti, akan ada sekuel nya harap lagi bagus dari ini dan Patung Lagipun agak lama juga aku peram buku ni kat atas rak Dari 2014 sampai 2017 baru dapat baca Maaf Orang lain dah lama habis baca Kat GR ni pun, dah terlalu banyak spoiler Kalau baca semua review kau akan tahu dah jalan ceritanya Jadi buku buku terbitan lama ni, cuba cubakanlah elak baca semua review walaupun kau rajin tahap dewa dewa.Buku ni dua kali ganda lebih bagus dari Patung Malahan aku berjaya habiskan walaupun mengambil masa agak lama.Ya aku setuju dengan ramai pembaca Rasanya lagi seronok kalau dialog Asrama ni menggunakan dialek Sabah Yalah, alang alang dah guna latar kat Sabah kan.Seram Biasa biasa saja.Idea Ok lah Masa buku ni keluar, tak berapa ramai pengkarya yang guna idea macam ni berbanding sekarang Jadi, ya bolehlah diterima.Naratif penceritaan kekadang membosankan Kekadang tersengguk sengguk juga aku baca buku ni Yalah, buku awal tuan penulis kan Jadi nak expect apa.Pasal asrama lelaki dan perempuan tu agak berdekatan, aku sebagai Sabahan, tak mempertikaikan Ada saja sekolah yang asramanya berdekatan begitu Sebagai contoh, masa aku ambil Form 6 yang lalu, asrama lelaki dan perempuan sekolah tu menggunakan bangunan yang sama tapi dipisahkan dengan dinding simen dan dawai tajam Tapi sekolah lama lah Ya kalau tak percaya, jemput datang Sandakan.Apa apa pun moga tuan penulis terus sukses Kalian tak nak cuba Peace


  3. says:

    This review has been hidden because it contains spoilers To view it, click here ASRAMA mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dahlia yang nekad mahu berpindah sekolah dan tinggal di sebuah asrama di mana penghuni penghuni sedia adanya semacam menyimpan 1001 kisah lampau yang perlahan lahan terungkai Aku membaca ASRAMA dengan suatu mind set dan pengharapan yang agak tinggi sebenarnya atas beberapa sebab Pertama, kerana ini bukan karya Muhammad Fatrim yang pertama Kedua, kisah yang dipaparkan berkisarkan latar asrama, sesuatu yang aku sendiri boleh kaitkan dengan pengal ASRAMA mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dahlia yang nekad mahu berpindah sekolah dan tinggal di sebuah asrama di mana penghuni penghuni sedia adanya semacam menyimpan 1001 kisah lampau yang perlahan lahan terungkai Aku membaca ASRAMA dengan suatu mind set dan pengharapan yang agak tinggi sebenarnya atas beberapa sebab Pertama, kerana ini bukan karya Muhammad Fatrim yang pertama Kedua, kisah yang dipaparkan berkisarkan latar asrama, sesuatu yang aku sendiri boleh kaitkan dengan pengalaman peribadi Ketiga, rasanya ini merupakan genre psikologi seram pertama buat FIXI walaupun ramai yang beranggapan bahawa novel sulung aku, BISIK itu merupakan satu cerita seram Keempat, ini merupakan genre kegemaranku sebenarnya melihat kepada variasi bahan bacaanku di Goodreads sudah cukup memadai untuk menyerlahkan yang aku gemarkan sisi seram karya Stephen King, Anne Rice atau psychologically challenging seperti Chuck Palahniuk.Apa apapun, nyatanya aku meletakkan satu benchmark yang agak tinggi sebenarnya terhadap novel ASRAMA ini kerana usai membaca karya Muhammad Fatrim yang setebal 287 halaman ini, aku meletakannya ke sisi, dengan pelbagai rasa tidak puas hati yang membungkam.Jangan salah faham ASRAMA nyata berjaya menyuntik nuansa seram cemas yang menjadi tunjang utama kepada kekuatan cerita ini Namun pada hemat aku, ia agak gagal dari segi menyampaikan perasaan itu secara total Faham, tak Mungkin oleh kerana aku sudah terbiasa benar dengan gaya penceritaan the master of horror craft iaitu Stephen King, menyebabkan aku merasakan bahawa tahap keseraman ASRAMA ini biasa biasa sahaja, malah kalau hendak diikutkan agak klise sebenarnya.Bab pertama ASRAMA adalah pemangkin utama yang berjaya memancing pembaca untuk terus duduk atau dalam situasi aku, berbaring dan terus membaca hingga ke halaman halaman berikutnya Namun begitu, laras bahasa penulis yang semacam agak kejung kerana rasanya dia masih lagi terikut ikut dengan gaya penulisannya di penerbit yang lagi satu membuatkan penceritaan terasa seperti dipaksa Aspek memberitahu dan bukan bercerita acapkali memotong rasa seram yang baru sahaja hendak dimunculkan, menjadikan sesetengah bahagian dalam novel ini hilang elemen kejutannya.Aku kira ada baiknya kalau penulis mengkaji dan meneroka lagi aspek misteri yang menyelubungi entiti yang dinamakan sebagai Pengait di dalam cerita ini, kerana pada hemat aku di situlah sebenarnya kekuatan sebenar cerita ini Tanpa mahu meletakkan sebarang spoiler, aku kira kisah seram dan tragis yang menimpa Dahlia bahana daripada gangguna Pengait itu sendiri sebenarnya tidak cukup kuat untuk menjadi asas kepada keseluruhan cerita itu Aku mahu tahu lebih lanjut sebenarnya, asal usul Pengait tersebut, siapa, bagaimana dan deskripsi Pengait itu.Naratif cerita ASRAMA cemerlang sekali, dengan laras bahasa yang mudah difahami walaupun terkadang aku ada juga beberapa kali terfikir bahawa perbualan perbualan di kalangan watak watak di dalamnya saling tidak tumpah seperti naskah drama televisyen kerajaan agak kejung dan terasa seperti terlalu dipaksa Sayang sekali, memandangkan keselurahan latar tempat novel ini berlaku di Sabah, lenggok bahasa dan telo penduduk sana hampir pada paras minimum, menyebabkan feel aku untuk membayangkan bahawa kejadian demi kejadian yang berlaku di dalamnya berlandaskan negeri di bawah bay Apa apapun, aku amat menyukai bagaimana ASRAMA dipersembahkan pembaca disajikan oleh cuplikan kisah silam yang terjadi lewat mimpi yang didatangkan kepada Dahlia, kemudian naratifnya pantas bertukar kepada Dahlia dan rakan rakannya yang mendiami asrama dan menghadiri sekolah yang semakin dibaca semakin menyeramkan itu.Menyebut tentang latar tempatnya yang hampir 90% berlaku di sekitar asrama sebuah sekolah, aku beberapa kali mencuba untuk membayangkan susun atur bangunan bangunan asrama secara tipikalnya di sekolah sekolah Memandangkan aku datang daripada sekolah yang hanya ada satu jantina, makanya aku terpanggil untuk meneliti gambar gambar asrama sekolah sekolah rakan rakanku, gambar gambar lama sekitar sekolah lama abangku yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air dan juga rakan rakan adik adikku yang pernah bersekolah di sekolah berasrama Apa yang menghairankan aku adalah SPOILER mohon jangan teruskan membaca kalau kau masih belum selesai membaca ASRAMA aku bersetuju dengan kak Julie bahawa mana mungkin kedua dua blok asrama lelaki dan asrama perempuan berada begitu hampir sehingga boleh meranapkan kedua duanya sekali dalam kebakaran Walaupun sudah diterangkan oleh penulisnya sendiri di Goodreads, dan aku petik secara terus ada sesuatu tentang kebakaran itu tak diceritakan details sebab tu macam, eh Satu bangunan ke Sebab awal2 masa Dahlia masuk ASRAMA tu, sudah diterangkan dua blok ASRAMA perempuan itu bersambung Cuma tak diceritakan sebelah bangunan Asrama Perempuan tu Dining dan sebelah Dining tu Asrama Lelaki semuanya rapat Maaf kerana saya cuma membayangkan layout sekolah saya itu tapi tak menulisnya secara detail amik layout ASRAMA sendirik Kebakaran itu juga tak diceritakan secara detail, mula di mana Muhammad Fatrim, lewat balasaan komen di Goodreads.Aku masih lagi tidak berpuas hati dan bertanyakan pula kepada beberapa rakanku yang pernah tinggal di asrama untuk membaca bahagian terakhir bab novel ini, dan ternyata mereka juga bersetuju bahawa unsur realism iaitu faktor bangunan blok lelaki dan perempuan berada dekat benar seperti apa yang dideskripsikan di dalam novel itu sedikit goyah Apapun, abaikan sahaja andaianku ini kerana aku bersetuju bahawa penulis hanya membayang dan melandaskan penulisannya berdasarkan apa yang dia sudah sedia ada tahu.Mungkin pembaca perempuan lebih menjiwai dan merasai aura seram yang disampaikan dalam novel ASRAMA ini, tetapi bagi aku yang sejak di tingkatan rendah, masuk pra U, tamat ijazah sarjana muda, tinggal di asrama merasakan ada banyak lagi kisah seram yang jauh lebih menggigit daripada apa yang dipaparkan dalam novel ini.Syabas buat penulis kerana menghasilkan karya seram sebegini, cumanya mungkin novel ini tidak masuk benar dengan jiwaku Bagi mereka yang mahukan bacaan seram paranormal, pernah tinggal di asrama, aku syorkan membaca ASRAMA pada waktu siang, dan tidak berseorangan.Mana tahu, kalau bersendiri ada pula yang datang meneman


  4. says:

    Spooky misterius dengan minor seram Aku suka cara penulis selitkan petunjuk petunjuk kepada kejadian sebenar yang berlaku pada Dahlia mimpi aneh, sabun fruitale, bangkai kucing dalam loker, spirit of the coin dengan roh Am ira , lirik lagu Kisah Hati , pembantu rumah Dahlia, movement2 tanpa jasad dan beberapa petunjuk lain walaupun ada antaranya sedikit tergantung dan perlukan judgement sendiri untuk faham Cuma waktu baca buku ini, ada satu hal yang aku kurang pasti Seawal cerita Dahlia ada Spooky misterius dengan minor seram Aku suka cara penulis selitkan petunjuk petunjuk kepada kejadian sebenar yang berlaku pada Dahlia mimpi aneh, sabun fruitale, bangkai kucing dalam loker, spirit of the coin dengan roh Am ira , lirik lagu Kisah Hati , pembantu rumah Dahlia, movement2 tanpa jasad dan beberapa petunjuk lain walaupun ada antaranya sedikit tergantung dan perlukan judgement sendiri untuk faham Cuma waktu baca buku ini, ada satu hal yang aku kurang pasti Seawal cerita Dahlia ada mentioned dia dapat keputusan cemerlang dalam pmr dan nak tukar sekolah Jadi aku simpulkan Dahlia dah masuk tingkatan 4 umur 16 tahun masa dia tukar sekolah dan kejadian kebakaran jadi tahun 2008 Angel mati 1993, Rashid kahwin dengan Kalsom setahun lepas Angel mati 1994 Jadi mengikut pengiraan aku, umur Dahlia waktu tahun 2008 ialah 14 tahun kalau Kalsom terus pregnant lepas kahwin dengan Rashid Tapi info ini dah bercanggah dengan dialog awal Dahlia yang kata dia dapat keputusan cemerlang dalam pmr dan boleh mintak apa saja dari ayah dia Aku blur kejap pasal ini sebab tahun 2008 patutnya umur Dahlia baru 14 tahun tingkatan 2 Sepatutnyalah, ke aku ada tertinggal jalan cerita di mana mana atau aku salah kira ataupun sebenarnya Dahlia bukan anak Kalsom Runsing aku memikirkannya tapi memandangkan age is just a number aku anggap saja umur Dahlia tak penting dalam kisah ini Sebetulnya aku kasihan pada Dahlia bila tahu apa sebenarnya yang terjadi pada dia And onething, aku selalu merasakan yang Sabah antara negeri yang punya slanga bahasa paling indah dekat Malaysia ni dan sungguh kecewa sedikit rasa hati aku bila penulis tak masukkan slanga Sabah langsung dalam dialog dialog di buku ini mungkin ada kot sekali untuk dialog Rashid Tak tahu apa sebabnya, mungkin taknak pembaca yang bukan dari Sabah sukar faham tapi there s always footnotes and glossary, right Aku bagi 3.5 bintang, okay


  5. says:

    Orang Sabah cakap, bulih bulih lah Kalau di slanga kan lagi dialog dialognya, mungkin nampak lebih style, gitu.


  6. says:

    UPDATE NO SPOILER VIDEO REVIEW IS UP Pendapat saya lebih rich sikit daripada sebelum ni sebab kali ni reread, I focusedon the details Click to watch NO SPOILER REVIEW ASRAMA BY MUHAMMAD FATRIMUPDATE Finished reread 14 8 17 Rate 4 stars Akan update review malam ni, InsyaAllah Baca novel ni sebelum Patung Dah lama baca tapi tak ingat dah Yang pastinya best, tak ada censored scenes, special for underage dan yang macam Una y UPDATE NO SPOILER VIDEO REVIEW IS UP Pendapat saya lebih rich sikit daripada sebelum ni sebab kali ni reread, I focusedon the details Click to watch NO SPOILER REVIEW ASRAMA BY MUHAMMAD FATRIMUPDATE Finished reread 14 8 17 Rate 4 stars Akan update review malam ni, InsyaAllah Baca novel ni sebelum Patung Dah lama baca tapi tak ingat dah Yang pastinya best, tak ada censored scenes, special for underage dan yang macam Una yang tak larat nak flip pages A clean fixi book Highly recommended


  7. says:

    aku mampu bagi tiga bintang je.sebab novel ni tahap komunis lagi.tak cukup amerika hahabanyak plot cerita yg aku rasa tak kurang berkait.atau mungkin otak aku terlalu detail.atau mungkin otak aku lembab sampai tak mampu nak kaitkan plot ini dengan yang itu.aku pun tak tau la.unsur suspen dia terbaik.hantu dia pun terbaik walau tak de lakaran visual tapi mampu buat pembaca bayangkan macam mana bentuk hantu tu.oh ya aku pernah duduk asrama saje nak riak sebab aku tengok ramai yg mention begitu aku mampu bagi tiga bintang je.sebab novel ni tahap komunis lagi.tak cukup amerika hahabanyak plot cerita yg aku rasa tak kurang berkait.atau mungkin otak aku terlalu detail.atau mungkin otak aku lembab sampai tak mampu nak kaitkan plot ini dengan yang itu.aku pun tak tau la.unsur suspen dia terbaik.hantu dia pun terbaik walau tak de lakaran visual tapi mampu buat pembaca bayangkan macam mana bentuk hantu tu.oh ya aku pernah duduk asrama saje nak riak sebab aku tengok ramai yg mention begitu apa yg nak dibanggakan pun aku tak tau la haha.dan ibu jari keatas buat penulis kerana berani buat novel bertemakan Asrama.tapi kalau penulis berani guna loghat dialek sabah lagi macho.oh lagi satu otak aku macam bersenggama kejap bila baca ending dia senggama kaw kaw punya bila nak relate dengan seluruh jalan cerita rasa nak menjerit kuat kuat dekat telinga penulis tu okbai


  8. says:

    Pernah duduk kat asrama dan mengalami benda benda aneh Kalau pernah, aku cadangkan kau baca buku ni Kalau tak pernah pun, aku cadangkan benda y sama juga Kau tak perlu rasa hidup di asrama untuk baca buku ni sebenarnya tapi kalau ada tu, satu kelebihan la sebab kau akan rasa dekat dengan kehidupan asrama y dah lama kau tinggalkan.Tipu la kalau aku kata aku tak seram sejuk waktu baca buku ni Kuat semangat macam mana pun kau, kau tetap akan terbayang bayang apa y Muhammad Fatrim tulis dalam bu Pernah duduk kat asrama dan mengalami benda benda aneh Kalau pernah, aku cadangkan kau baca buku ni Kalau tak pernah pun, aku cadangkan benda y sama juga Kau tak perlu rasa hidup di asrama untuk baca buku ni sebenarnya tapi kalau ada tu, satu kelebihan la sebab kau akan rasa dekat dengan kehidupan asrama y dah lama kau tinggalkan.Tipu la kalau aku kata aku tak seram sejuk waktu baca buku ni Kuat semangat macam mana pun kau, kau tetap akan terbayang bayang apa y Muhammad Fatrim tulis dalam buku ni Scary Terutamanya part dalam bilik air.Muhammad Fatrim, tahniah la sebab berjaya buat saya curious tahap dewa angin waktu baca buku kau Tangan ni rasa gaaaatal ja mau selak muka surat 288 setiap kali baca Ya la mau tau ending kan, tapi nda selak pun Mana surprise.Memang saya nda expect la ending dia gitu Waktu baca tu, saya macam boleh agak sudah ending dia macam mana Sekali bila sampai muka surat akhir, nahhhh begitu pula ending dia Memang nda sangka la.Terubat rindu saya pada Sabah waktu baca buku ni Perkataan Pengait dan roti Marie buat rasa dekat betul sama Sabah Bh, tiga belas tahun saya hidup di sana, mana nda rindu.Kesimpulannya kat sini, kalau kau pergi Pesta Buku KL kat PWTC, kau kena cepat cepat cari booth FIXI dan beli buku ni Kalau tak pergi macam aku y tengah kering ni, order online pun boleh, pinjam kat kawan pun boleh atau tunggu kat depan MPH atau kedai kedai buku y jual buku buku FIXI y latest pun boleh Eh.Maaf kalau bahasa Sabah kita tunggang terbalik Lidah dah berbelit, tak fasih macam dulu Akhir kata, cemburulah anda kerana muka surat pertama buku ASRAMA aku ada tanda tangan Muhammad Fatrim dan handmade bookmark daripada dia kenyit mata P.S Tahu tak istilah roti pada roti Marie tu sebenarnya biskut Orang sana panggil biskut tu roti Roti keping keping macam Gardenia tu roti paun Sekian senyum manis nampak lesung pipit


  9. says:

    Aku membeli Asrama ini bukan kerana buku ni antara bestseller sepanjang masa Fixi Tapi sebab waktu PBAKL2017 tempoh hari, dia keluarkan hardcover edisi terhad Aku beli sebagai collector.Apabila membaca Asrama, dari awal aku tak memberi expectation tinggi Apabila mula membaca, aku perasan banyak benda yang meleret Benda benda tak penting pun ada yang dicakapnya Kalau pack kan, novel ini mungkin jadi lebih pendek Novel ini bukan lambat, tapi agak meleret Berbeza tu ya kawan kawan.Novel in Aku membeli Asrama ini bukan kerana buku ni antara bestseller sepanjang masa Fixi Tapi sebab waktu PBAKL2017 tempoh hari, dia keluarkan hardcover edisi terhad Aku beli sebagai collector.Apabila membaca Asrama, dari awal aku tak memberi expectation tinggi Apabila mula membaca, aku perasan banyak benda yang meleret Benda benda tak penting pun ada yang dicakapnya Kalau pack kan, novel ini mungkin jadi lebih pendek Novel ini bukan lambat, tapi agak meleret Berbeza tu ya kawan kawan.Novel ini terlalu banyak suspen yang tak perlu Pengakhiran cerita ini agak bagus tapi tidak membuatkan aku shock Ada banyak benda yang lost Dan ada benda yang aikk Tadi macam tu, tapi kenapa dia cakap macam ni pulak Pendetailan tak dilalukan oleh penulis dengan kemas Apa apapun, tahniah Muhammad Fatrim sebab novel anda terpilih untuk hardcover FIXI buat voting novel mana nak buat hardcover, dan Asrama menang Dan sampai sekarang aku tak tahu kenapa Asrama yang menang Mungkin novel ni dekat dengan remaja kut, sebab budak sekolah kan Cover yang menarik Cerita yang menarik Ya, no wonder, sebab kita ni lain lain minatnya Sekali lagi, congrat Ayim


  10. says:

    Big clap untuk Muhammad Fatrim..penulis berjaya menerapkan elemen seram dalam diri aku sampai terpaksa tidur bukak lampu 2 malam.ceh dahla aku mempunyai daya imaginasi tinggi,boleh dok terbayang bayang makcik kuih tu tepi tingkap flat setiap kali nak tidur.For those yang duduk asrama,mungkin lebih mendalami perasaan kena buli dan cerita2 hantu yang ada dalam ASRAMA nih..so feel die akan jadi lebih sikit compare dengan yang xduk asrama..tapi betullah macam other reviewer cakap maybe penulis boleh Big clap untuk Muhammad Fatrim..penulis berjaya menerapkan elemen seram dalam diri aku sampai terpaksa tidur bukak lampu 2 malam.ceh dahla aku mempunyai daya imaginasi tinggi,boleh dok terbayang bayang makcik kuih tu tepi tingkap flat setiap kali nak tidur.For those yang duduk asrama,mungkin lebih mendalami perasaan kena buli dan cerita2 hantu yang ada dalam ASRAMA nih..so feel die akan jadi lebih sikit compare dengan yang xduk asrama..tapi betullah macam other reviewer cakap maybe penulis boleh masukkan banyak lagi info pasal Pengait dan budaya di Sabah.Should make itinteresting in my opinion.Truly, one of my fav


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ASRAMA [PDF / EPUB] ASRAMA Dahlia, hati hati dengan ASRAMA ni Maria tiba tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la Dahlia kurang Dahlia, hati hati dengan ASRAMA ni Maria tiba tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu Tak, maksud aku Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah Kau tengok aje nanti Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti Dahlia bersuara dengan geram Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit Maria membidas sambil mengambil daun daun kecil di hadapannyaPercakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri Kau ni, kalau tak cakap benda benda pelik boleh kata Dahlia Bagus la kalau kau faham maksud aku Maria senyum memandang Dahlia.