Paperback Î KLCC eBook ß



10 thoughts on “KLCC

  1. says:

    KLCC dari sisi imaginasi 19 penulis Bagus antologi iniLepas saya baca semua cerpen dalam buku ni saya cuba membayangkan ke 19 19 cerita itu berlaku semacam dalam sebuah filem bertajuk KLCC Ada yang berlaku dulu ada yang berlaku serentak pada masa yang sama dan endingnya KLCC itu ranap diserang teroris yang sebenarnya telah membuka gerbang neraka di KLCC Eh


  2. says:

    Ini review melalui Twitter sambil baca KLCC yang aku buat sepanjang perjalanan pergi balik kerja dari #KLCC ke Seremban selama 3 hari1 Cerita yg best terlalu best Tapi walaupun ada cerita yg x best masih average Level x best kat #KLCC x seteruk #BOLA Lebih baik dr #BOLA tapi belum sampai tahap #KOPI #KOPI adalah detail teratur #BOLA adalah tergesa2 tangkap muat2 Penulisan yg pakai idea2 besar tak semestinya hebat Guna metafora tak semestinya seni Yg simple itu yg in sebenarnya3 KLCC tak gila atau sosial dan songsang semata2 Kenapa balik2 baca org hilang akal je dlm buku ni? Ini antologi kot? ;4 Tulisan futuristik tak salah sampailah pembaca membezakan dgn filem yg pernah ditonton Kadang2 kau baca sesuatu tapi rasa macam pernah tengok dalam wayang Itu adalah sedikit potong sebab kau harapkan sesuatu yang fresh dan baru5 Aku terima tulisan yg cynical tp aku tak terima tulisan mengutuk dan bajet baik Buang perkataan dan ruang je Baik habiskan dengan menulis jalan cerita yang ada kena mengena Penulis bajet urban kena buat research Kalo setakat blaja kat GoogleTwittermmg insulting jdnya 2 Tiang 1 Jambatan Fail Macam mana failnya Jersi No 7 dalam #BOLA Bezanya aku tak koyakkan #KLCC macam mana aku koyakkan #BOLA6 Bukan semua ruang KLCC tu urban Sebab tu aku suka Ripuk Memenuhi citarasa aku 100% Tak berpura2 tapi sampai Cerita dia cerita yang macam biasa kau baca tapi garapan dia dan kaitan dengan KLCC tu yang buat kau baca berulang kali pun tak apa7 Raikan KLCC Kaitkan tema Bukan utk melampiaskan keinginan utk buat mini buku sendiri Kadang2 pasal KLCC tu sikit Tapi pasal cerita yang bercita cita tu agak berlebihan Last2 kat mana KLCCnya?8 Good execution tp boleh jd lg baik Harap lepas ni BukuFixi dpt kaji kelebihan antara 3 antologi utk yg berikutnya KLCC tu indah dan happy kot? Pulp Fiction tak semestinya depressing kan?#KLCC Jangan Terjun Nadia KhanSimple Kelabu like Clear message#KLCC Ground Zero Khairul Nizam KhairaniRealistik Direct Expected#KLCC Mata Shaz JoharEmosi Metrosexual Mysterious#KLCC Nyawa Raja FaisalSedih Fresh Something to consider#KLCC Ripuk Hasrul RizwanNorm Brilliant Unexpected#KLCC Warisan Julie AnneFamily Petronas advert like Logic#KLCC Dalam Tangan Papa Adib ZainiBoxing Subtle Cute#KLCC Takdir Hani Amira SurayaBig ideas Messy execution Confusing#KLCC Gadis dan Dua Menara Faratira AimizaDrama Imaginative Pemilihan kata yg baikKLCC Empat Mim JamilSex Berulang ulang Memenatkan #KLCC Kalau Lapar Cari Chomet Syaihan SyafiGay Over descriptive The Apartment tu biasa2 je so to praise it too much macam errrr? ;#KLCC 2 Tiang 1 Jambatan Lord ZaraSyok sendiri Poyo Bajet urban Depressing seperti kebanyakan tulisannya yg lain Nama pelik2#KLCC Penjaga Dayang NoorPengubat kpd 3 cerpen yg kurang best sebelumnya Teringat Cardcaptor Sakura versi Adibah Noor ;#KLCC Izza Faizal SulaimanPandai mainkan perasaan Tersusun Imaginative ;#KLCC Gerbang Neraka Ridhwan SaidiSesuai jadi buku sendiri Kurang tema KLCC Awal tak best tgh2 kompius ending je ok ;#KLCC Jemput Makan Zulaika Sizarifalina AliConfusing di tengah2 dan ending yg agakpotong Dah byk sgt org gila dlm buku ni ;#KLCC Nek Som KLCC dan Kucing Bernama Zorg Azrin FauziMerepek yg aku suka Kucing purple jadi hero Bayangkan animasianime#KLCC Koc Lampau Capai Cakerawala Azura MustafaMacam Shit wannabe tp x layak jd Shanon Ahmad Aku x suka metafora politik ;#KLCC Serikandi Malaysia Arif ZulkifliOrang jahat tak boleh ada nama lain selain Carlos?Yang aku suka Ripuk Ground Zero Nek Som KLCC dan Kucing Bernama ZorgYang aku tak suka2 Tiang 1 Jambatan Koc Lampau Capai Cakerawala Kalau Lapar Cari Chomet EmpatAll the best Fixi Yg aku tak suka tak semestinya orang tak suka juga Jadi penulis2 jgn butthurt ye


  3. says:

    KLCC merupakan sebuah antologi yang mengangkat KLCC sebagai latar Sebanyak 19 buah cerpen dimuatkan dalam naskhah ini dan setiap satunya disajikan mengikut spektrum yang berbeza Di sini saya sekadar berkongsikan pandangan saya mengenai beberapa buah cerpen KLCCGround Zero – Sesuatu yang saya rumuskan sebagai less is Kisahnya ringkas dibukai dengan perbualan biasa biasa antara pemandu teksi dengan seorang penumpang teksi penumpang teksi adalah watak utama mengenai kehidupan dan pengalaman Mereka berkongsi pengalaman rumah tangga yang sama tetapi tidak serupa iaitu konflik antara suami isteri Saya gemari penamatnya kerana punyai koheren yang semuEmpat – Cerpen yang aliran penulisannya selesa diturut bersama; santai dibaca Seks bukan tarikan buat saya dalam perkisaran ini tetapi realiti yang dipaparkan berjaya menampung dan mengenengahkan persoalan sosial masa kini Repitisi babak dan dialog bikin saya ketawaKoc Lampau Capai Cakerawala – Saat memula baca bahagian suku pertama cerpen ini saya dilegakan perasaan sepenuh puas hati kerana akhirnya menemukan penceritaan segar yang cerdas dan sangat membekas di benak Plotnya teratur ; garapannya kemas walaupun saya berharap permulaan suku terakhir cerpen tidak terlalu pantas Jika ditanya kualiti apakah yang membangunkan cerpen ini saya akan menjawab It’s robustNek Som KLCC dan Kucing Bernama Zor – Sangat terkesan dengan karakter Zor; seekor kucing yang diberi ciri manusia dari segi perlakuan Nek Som setelah melangsungi transformasi di kapsul kaca difiturkan sebagai seorang perempuan tua yang sangat ‘cool’ pada kiraan saya Tiga kali saya ulang baca kerana saya menghidu unsur enigma pada beberapa subplot Tidak mengapa saya sukakan unsur enigma ituGerbang Neraka – Cerpen yang dibaca secara perlahan dan penuh teliti bagi memudahkan pemahaman Ridhwan Saidi sememangnya berupaya menarik pembaca menerusi eksperimentasi imaginasinya Saya teringat ingatkan Mautopia sepanjang membaca cerpen ini dan seperti Mautopia cerpen ini memiliki ‘je ne sais uoi’nya tersendiri yang saya amat suka Dan ya saya bersetuju Gerbang Neraka menjadi penutup antologi KLCCAntara cerpen yang paling digemari sekadar menamakan beberapa tajuk ialah Empat 2 Tiang 1 Jambatan dan Gerbang Neraka Walau begitu ada cerpen yang boleh diprediksi alurannya Namun sesuai sahaja dijadikan koleksi Saya beri 375 bintang; hasil purata antara 35 bintang dengan 4 bintang


  4. says:

    1 Jangan Terjun Nadia KhanAku seperti dapat merasakan ini merupakan suatu spin off daripada novel Nadia Khan yang berjudul 'Kelabu' itu mungkin sekali kerana nama nama watak yang ditampilkan mirip benar dengan novelnya yang terdahulu Cerita yang mudah tentang cinta pengharapan dan apa yang tidak pasti di masa akan datang2 Ground Zero Khairul Nizam KhairaniPertama kali membaca karya tulisan beliau lewat novel 'Gergasi' terbitan FIXI Tiada yang istimewa sangat naratif sisi idea cuplikan situasi sebenar 911 Namun begitu aku suka laras bahasa yang digunakan Penyudah yang sedikit menggigit aku suka3 Mata Shaz JoharBagaimana rasanya jika orang yang kau harapkan sebenarnya berkorban demi untuk kebahagiaan kau? Perit bukan? Begitulah dengan kisah yang terpapar dalam 'Mata' Salah satu cerpen kegemaran aku sebenarnya4 Nyawa Raja FaisalKekal dengan identiti beliau cerpen pasca apokaliptik bahana global warming ini sangat sangat imaginatif Aku angkat topi kepada penulis kerana berjaya menggarap cerita sebagus ini Asyik terbayang gabungan cerita 'Children of Men' '2012' dan 'Deep Impact'5 Ripuk Hasrul RizwanPertama kali membaca judulnya aku garu kepala tidak tahu maksudnya sehingga harus belek kamus Nyata langgam bahasa sang penulis jauh sekali meninggalkan aku yang kerdil ini Ceritanya mudah sahaja tentang maruah tentang penghormatan tentang sejauh mana kau mahu memperjuangkan apa yang kau rasa betul sehingga kewarasan kau dijentik Bijak6 Warisan Julie AnnePenulis berkali kali memberi amaran kepada aku bahawa cerpennya ada berbaur seperti iklan Petronas sedikit Aku tidak nafikan hal itu Nama nama watak menggenapkan elemen 1Malaysia jalan cerita seperti iklan tahun baru Petronas Namun yang pastinya berjaya buat aku seka air mata yang berkumpul di pelupuk jujur7 Dalam Tangan Papa Adib ZainiCerpen yang bertunjangkan sukan gusti ini nyata menyuntik elemen sentimental dan kemanusiaan yang amat mendalam Jukstaposisi antara berani kerana benar atau akur kepada kehendak orang lain diadun dengan amat bijak sekali Salah satu cerpen kegemaran aku dalam antologi ini8 Takdir Hani Amira SurayaMengambil elemen saduran daripada filem 'Final Destination' cerpen ini biasa biasa saja buat aku Namun penyudahnya aku kira mencuba untuk lari dari acuan klise bagus dan tersendiri9 Gadis dan Dua Menara Faratira AimizaKlise dalam genius Terbayang narator dalam novel 'The Lovely Bones'10 Empat Mim JamilReaksi aku usai membaca cerpen ini HUH? Eww hedonisme tahap tinggi Eh11 Kalau Lapar Cari Chomet Syaihan SyafiCerpen sendiri Ada yang bertanya apakah kisah ini bertunjangkan elemen LGBT namun ingin saya jelaskan cerpen ini harus dibaca mengikut kefahaman dan latar peribadi pembaca itu sendiri Tak semestinya watak Chomet dalam cerpen itu seorang homoseks Dia mungkin juga seorang gadis pondan atau janda Saya karang cerpen ini dengan harapan pembaca sendiri yang membentuk dan memberikan pakaian kepada watak watak dan kisah yang terpapar menurut pengalaman pembaca sendiriApa apapun identiti sebenar Chomet itu biarlah rahsia Khabarnya dia masih lagi bahagia bersama abangnya itu 12 2 Tiang 1 Jambatan Shafaza Zara Syed YusofAku benci tweethandle ZaraSyed ini kerana sekali lagi menyajikan cerpen yang benar benar handal dari segi editorialnya Tanpa membaca nama penulisnya aku sudah boleh jebak ini mesti cerpen Zara kerana teknik narrative splicing yang digunakan oleh beliau membuat pergerakan plot terasa laju dan menggigit walaupun atas dasar cerita yang sebenarnya biasa biasa sahaja Salah satu cerpen kegemaranku dan ingin sekali dilihat dikembangkan untuk dijadikan sebuah novella atau drama bersiri?13 Penjaga Dayang NoorUsai membaca cerpen kak Dayang aku tidak boleh tidak membayangkan Victoria Secret's Angels Gabungan saifai realisme dan teknologi masa hadapan menjadikan garapan cerpen ini antara yang paling tidak terduga Syabas14 Izza Faizal SulaimanNyatanya penulis novel 'Sumbat' ini bangkit dari kritikan yang aku berikan lewat cerpen beliau yang terdahulu di dalam 'Antologi Cerpen BOLA' Izza menampilkan kisah spoiler dilema seorang suicide bomber antara menyudahkan misinya atau membatalkan sahaja niat memperjuangkan fahamannya itu Genius15 Serikandi Malaysia Arif ZulkifliAku kira cerpen ini paling terlalu mencuba Ceritanya bagus cuma aku kira terkadang terlalu terikat dalam ruang lingkup klise hubungan ayah anak yang diikat agak longgar Mungkin kalau dikemaskan dari segi naratif kerana terasa seperti ditulis agak terburu buru Namun begitu ini merupakan satu cerpen yang bagus Lain dari yang lain16 Koc Lampau Capai Cakerawala Azura MustafaSatu lagi cerpen yang menggunakan akronim KLCC seperti cerpen aku Cerpen saifai ini sepertinya suatu tempelakan halus kepada situasi politik yang sedang dialami oleh negara kita ketika ini Itu apa yang aku rasalah17 Nek Som KLCC dan Kucing Bernama Zorg Azrin FauziKau tak boleh tulis cerpen dengan tajuk yang lebih panjang lagi ke Azrin? Apa apapun aku tergelak sendiri membaca keletah kucing bernama Zor yang mampu berkata kata Nek Som yang seorang penggemar tulisan karya A Samad Said dan elemen saifai yang digarap dengan baik sekali18 Jemput Makan Zulaikha Sizarifalina AliMulanya aku fikir spoiler ini kisah seorang pengamal kanibalisma Rupanya aku tertipu Celaka Syabas buat Siz atas cerpen yang baik seperti ini19 Gerbang Neraka Ridhwan Saidi Aku agak kecewa sebenarnya dengan nukilan penulis kegemaranku kali ini Gabungan elemen psikedelik ketuhanan absurdism dalam cerpen ini nyata meninggalkan aku dengan menggaru kepala dan meletakkan buku berwarna ungu ini ke samping kerana tidak begitu memahami cerpen yang dipaparkan Ah mungkin aku tidak se deep penulisnya barangkali


  5. says:

    Desain sampul yang menarik Paling suka tulisan dari Syaihan Syafi point cerita yang simple interesting tak over imaginative sedikit lucu dan kasihan Tulisan Azrin Fauzi pun okay very thoughtful of Nek Som siap hafal tulisan A Samad Said Cerpen cerpen yang lain pun okay walau aku rasa some writings sungguh luar biasa imaginasinya dan sedikit melebih lebih but still worth a read


  6. says:

    Antologi Cerpen KLCC ini merupakan novel antologi cerpen pertama keluaran FIXI yang saya beli dan baca Tambah menarikantologi cerpen ini merupakan Edisi Terhad yang hanya dijual secara online dan pesta pesta buku sahaja Berdasarkan apa yang saya tahuselain KLCCantologi cerpen yang juga berstatus edisi terhad keluaran FIXI yang lain adalah Bola dan Kopi Untuk pengetahuan pembacasaya membeli KLCC ini di PWTC sempena acara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 pada 27 April 2013 yang lalu Secara keseluruhannyaboleh saya katakan novel antologi cerpen ini berjaya menarik perhatian saya Namuntidak dinafikanada juga beberapa cerpen yang saya tidak suka Pada masa yang samaada juga cerpen yang saya suka Saya fikirini adalah suatu yang lumrah di dalam novel antologi cerpen yang sebegini Daya imaginasikreativiti dan gaya penulisan seseorang penulis itu memainkan peranan utama di dalam menentukan sama ada sesebuah cerpen itu berjaya menambat hati para pembaca atau tidak Seperti namanyakesemua cerpen yang berjumlah 19 kesemuanya mempunyai perkaitan dengan KLCC Namun demikianberdasarkan kecenderungan penulis penulis yang menyumbangkan karya mereka di dalam novel inigenrenya adalah pelbagai Dari genre cinta sehinggalah seram Saya tidak dapat memberikan ulasan setiap satu cerpen cerpen yang terdapat di dalam antologi ini Namunantara cerpen yang berjaya menarik perhatian saya adalah seperti Ground Zero Khairul Nizam Khairani Takdir Hani Amira Suraya Penjaga Dayang Noor dan Nek SomKLCC dan Kucing bernama Zor Azrin Fauzi Tetapiada juga cerpen yang saya rasa agak mengarut dan tidak layak dimasukkan Cerpen yang saya maksudkan adalah Empat karya Mim JamilKebanyakan penulis yang menyumbangkan karya mereka di dalam KLCC pernah menerbitkan novel mereka bersama FIXI Namunada juga beberapa cerpen yang ditulis oleh pemenang pemenang Pertandingan Cerpen Facebook Buku FIXI Kesemua cerpen adalah di dalam bahasa Melayu dan menggunakan gaya naratif dan dialog yang lazimnya kita jumpai apabila membaca novel novel FIXI Buku ini saya syorkan kepada para peminat novel FIXI dan para pengumpul antologi cerpen FIXI edisi terhad


  7. says:

    Pelbagai kisah pendek disajikan dalam buku comel ni Semuanya berlatarbelakangkan KLCC Bagi aku beberapa cerpen terawal sangat bagus dan agak menyentuh hati Pada pertengahan buku ada cerita yang aku kira biasa biasa saja dan ada juga yang aku agak keliru dengan apa yang cuba disampaikan Dan semakin mahu menamatkan naskah ini cerpen cerpen yang dihidangkan semakin menarik sampailah ke penghujung Bagi aku adatlah Ada cerita yang bagus bagus dan ada yang sederhana sajaAntara cerpen kegemaran aku dalam antologi ni; Jangan Terjun memandangkan cerpen ni sebahagian dari jalan cerita Kelabu tentunya aku suka Ada nada sayu dalam penyampaiannya Ground Zero cerita ni buat rahang aku jatuh bila sampai ke penghujung Sedih Mata agak menarik jugak Nyawa ada nilai persahabatan Aku suka Gadis dan 2 Menara Kalau dipanjangkan lagi bagus rasanya Izza Keikhlasan dan pengorbanan Izza aku puji Serikandi Malaysia suka jalan ceritanya yang ala ala perang Koc Lampu Capai Cakerawala cerpen yang terbaik aku rasa Sebenarnya nak bagitau Morlas tu Malaysia kan? Gerbang Neraka dasyat jugak imaginasi penulis Nek Som dan Kucing Bernama Zor yang ini pun menarik Kalau dipanjangkan lagi mungkin lagi bagus Aku suka Zor Kucing yang bijak dan penuh muslihat Memang aku terbayang Puss In Boots Tapi berwarna ungu Comel kan?Lepas ni kalau terpandang KLCC macam macam cerita boleh terbayang Jangan KLCC terbang macam dalam Koc Lampu Capai Cakerwala sudah la Selain itu aku nak cakap aku bangga jadi diantara 1500 pemilik naskah KLCC ni hihi ;


  8. says:

    Aku sebenarnya kurang gemar baca cerpen ni mungkin di sebabkan ia terlalu pendekx sampai nak klimakstetiba dah habisapatah lagi bila ceritanya tergantungtapi apa yang aku boleh rumuskan daripada KLCC ni Antologi Cerpen kali ini lebih baik daripada Naskhah BOLAkiranya ada peningkatan dari segi pengisian cerpennya kali iniKarya2 seprti Ground Zero KNK Mata Shah Johar Nyawa Raja Faisal Warisan Julie Ann Gadis Dua Menara Penjaga Dayang Noor boleh di katakan agak menarik untuk di bacacuma sedikit kecewa tatkala mnghabiskan cerpen Dalam Tangan Papa oleh Adib Zaini agak tergantungmengharapkan beliau dapat menulis naskah penuh sebab aku minat dengan karya beliau ZombijayaAda 1 cerpen yg hanya bersandarkan seks semata2 iaitu Empat oleh Mim Jamilsangat tidak sesuaiWalaubagaimana pun keseluruhan cerpen kali ini sangatlah menarik kerana ianya berkisarkan mengenai KLCC


  9. says:

    Semuanya ada di KLCCBagaimana 1 senibina agung yang berdiri angkuh semenjak 15 tahun yang lalu yang terdiri daripada 2 teratak melangit bisa membunuh dan menyelamatkan memberi harapan mengukir kenangan menjadi tempat jumpa cinta menjadi tempat terbit benci dan menjadi tempat lahir hatiSemuanya ada di KLCC


  10. says:

    aku kena sembah ratu dekat kebanyakan penulis ni hebat imaginasi korang memang hebat


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KLCC [PDF / EPUB] KLCC An anthology of short stories to commemorate the 15th birthday of the iconic Kuala Lumpur City Center KLCC home of the Petronas Twin TowersLine UpINTRO – Nur Atiah Jalaludin JANGAN TERJUN – Nadia An anthology of short stories to commemorate the th birthday of the iconic Kuala Lumpur City Center KLCC home of the Petronas Twin TowersLine UpINTRO – Nur Atiah Jalaludin JANGAN TERJUN – Nadia Khan GROUND ZERO – Khairul Nizam Khairani MATA – Shaz Johar NYAWA – Raja Faisal RIPUK – Hasrul Rizwan WARISAN – Julie Anne DALAM TANGAN PAPA – Adib Zaini TAKDIR – Hani Amira Suraya GADIS DAN DUA MENARA – Faratira Aimiza EMPAT – Mim Jamil KALAU LAPAR CARI CHOMET – Syaihan Syafi TIANG JAMBATAN – Shafaza Zara Syed Yusof PENJAGA – Dayang Noor IZZA – Faizal Sulaiman SERIKANDI MALAYSIA – Arif Zulkifli KOC LAMPAU CAPAI CAKERAWALA – Azura Mustafa NEK SOM KLCC DAN KUCING BERNAMA ZOR – Azrin Fauzi JEMPUT MAKAN – Zulaikha Sizarifalina Ali GERBANG NERAKA – Ridhwan Saidi.